Do not afraid to lose because the person who win had lose for many time .

Street Dakwah .




Photobucket


It comes unfortunate. Tak tertahan. Seingat aku, aku tak pernah buat 'benda' ni. Ni kot orang kata CARI PENGALAMAN.

Aku datang menaip hari ni bukan sebab hipokrit tunggu cerita best baru nak share. Kau faham tak macam mana nak cari laptop ? Aku ada je balik rumah kawan-kawan yang ada PC and so on . tapi takkan lah nak update kat rumah dia . malu jugak lah 50 sen - RM 1 . koya aina koya .

So meh lah nak share kan pasal street dakwah ni.  For those yang tak tahu or terpinga-pinga or otak kosong tak cukup or terputus fius or or or .

Just stop it ok.

Street dakwah is in English . In Malay we call it Dakwah Jalanan . I search internet . semalam ada org kata aku tak advance hari ni aku nak jadi advance sikit . haish mangat pelik aku pasal street dakwah ni . semoga semangat aku tak pudar hehehehehehehehe .

So ibestian , we gonna be an activist in our school . every week have different activist who gonna live up the school with da'wah . aku mimpi kan pasal benda ni . dan aku harap mimpi tu jadi . huuuuuuuuuuu Allah please ease everything .

Ini aku c/p dari blog Mutiara Jannah . kita tak tahu jugak benda ni so kita share dari orang . semoga bermanfaat hehehe . 










Apa itu "street dakwah"??

Dalam bahasa Malaysia di sebut; dakwah jalanan.. 

Ia adalah perbuatan menyampaikan islam semasa kita berjalan-jalan.

Seperti biasa.. jika mahukan maksud yang skema, cantik dan memenuhi kehendak tatabahasa; saya menasihatkan para pembaca melakukan pembacaan lebih lanjut di laman-laman yang lebih serius dan di iktiraf. Penulisan di sini hanya sebagai pengenalan, insyaAllah.


Persediaan kita

Jika adik-adik yang dirahmati Allah perasan, sebelum dan selepas keluar bertemu masyarakat, kita telah:

1- melakukan beberapa persediaan dari segi diri sendiri

menyediakan hati, diri dan fikiran untuk benar-benar "MAHU" melakukan.
berpakaian kemas dan berpenampilan senang di dekati.

2- melakukan persediaan secara berkumpulan atau bahasa Arabnya; Jamai.

Kita berkumpul dahulu, berbincang, saling ingat mengingati dan membahagi kerja. Kemudian melakukan "bedah siasat" atau sesi muhasabah untuk tujuan pembaikan.

3- persediaan dari segi bahan.

Apa mesej yang mahu kita sampaikan melalui perbuatan, perkataan dan pemikiran.
Bahan-bahan bantu menyampaikan maksud juga kita bawa bersama, seperti risalah, pamplet, hadiah penghargaan kerana kerjasama dan sebagainya.

Kenapa kita melakukan hal ini?


ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ 

 Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

An-nahl: 165


إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَىٰ مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ ۙ أُولَـٰئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّـهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Al-Baqarah: 159


Kerana kita yakin, Islam adalah agama kebenaran dan ia perlu disampaikan dengan kebijaksanaan dan penerangan.

Sedarkah kita?

Maksud ISLAM itu sendiri?
“tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.
(Abul Ala Al-Maududi)

Hakikatnya, seluruh hidupan di dunia dan langit sangat ISLAM.

Ayuh bawa pandangan adik-adik ke bumi..
lihatlah pada pokok..
Ok senang je kan nak bayang pokok..



Siapa beri arahan pada pokok untuk tumbuh ke atas dan berakar ke bawah?
Siapa yang menentukan pokok itu pendek berdaun lebar dan pokok ini tinggi menjulang berdaun kecil?

Pasti pokok tidak tumbuh dengan kehendak ia sendiri.
Pokok tiada otak seperti manusia untuk membuat keputuan mahu atau tidak mahu.
Sedangkan manusia yang berotak pun tidak mampu memberi arahan pada badannya untuk berhenti dari menjadi tua..

kan?

Jadi siapakah yang sangat berkuasa ini?

Ya, pastilah di bawah arahan dan kehendak Allah pokok-pokok itu tumbuh dan berfungsi, tidak jauh bezanya dengan sistem badan manusia yang semakin dewasa dan akhirnya tua dan meninggal dunia.

Maka..
Pokok dan sistem badan manusia adalah ISLAM.

Kerana mereka sangat patuh pada peraturan dan susunan yang telah Allah tetapkan.

Jadi apa kaitannya?

Kita meyakini Islam sebagai agama kebenaran, maka sebarkanlah..
Sebagaimana kita suka singgah makan disebuah kedai makan yang sedap dan bersih kemudian kita iklankan pada kawan-kawan agar makan di sana.

Jika kita seronok dan suka beragama islam..
Sebarkanlah.

"Street dakwah" bukan bermusim adik-adik.
Ia sebenarnya kerja harian kita.
Hari-hari kita berjalan dan berpeluang untuk 'berdakwah'.

kerana..
Setiap hari kita bersama masyarakat.
Setiap hari kita bertemu bergaul dan berurusan dengan masyarakat.

Terfikirkah kita, bagaimana akhlaq kita selama ini menggauli mereka?



Pernah kita terfikir untuk menyampaikan islam pada pakcik jual air yang kita beli setiap hari?
Pernah kita terfikir untuk menyampaikan islam pada makcik yang kita jumpa setiap hari sambil tunggu bas?
Pernah kita terfikir untuk menyampaikan islam pada peniaga pasar malam yang kita beli makanan setiap minggu?

Hakikatnya, ISLAM bukan hanya agama falsafah dan ceramah.
ISLAM adalah cara hidup..

Saya masih rasa terbeban

Dakwah.
Kadang-kadang fobia dengar, tengok apatah lagi untuk sebut.

Dakwah ini menyeru.
Menyeru manusia kepada kebaikan.

Pelik ke?
Suci sangat ke hingga hanya ustaz-ustaz sahaja boleh buat?

Tak la..
Semua orang boleh buat.

Tidak perlu menyeru dan mengajak pada perkara yang kita sendiri pun tidak tahu.
Ajaklah pada perkara yang kita sudah tahu dan sudah di ajarkan.

contohnya:

Islam mengajar kita tentang bersih.
Islam mengajar kita menghormati orang tua.
Islam mengajar kita mendengar cakap ibubapa selagi tidak bertentangan dengan syariat.
Islam mengajar kita bersungguh-sungguh melakukan kerja.

Biasa dengar kan semua ajaran ini?

Ajarkanlah apa yang sudah kita pelajari dan amalkan.
Mana-mana yang belum cukup dan belum tahu, kita sama-sama tambah dan belajar.



Lepas ni saya akan sambung pula tentang..

Bagaimana kita belajar dari peristiwa-peristiwa dalam "street dakwah" dan bagaimana "street dakwah" ini memberi manfaat pada amal dan iman kita.




I tot this entry will be the bored one . eh tak inshaa Allah tak . sebenarnya street dakwah ni interesting . idk why . serious interesting gila .................................

tengok lah youtube ke or blogwalking , kau akan rasa manisnya tu time baca . bagi aku lah . aku harap korang seme-seme rasa gitu jugak . 

so lets end here . nanti aku share tajuk street dakwah aku . takyah share tkpe kot . belambak dah entry pasal tu dlm blog aku . korang cari dan baca , korang memang pandai . hehe .



No comments: